setakat hari ni, saya dah baca 6 buah novel yang dibeli masa Pesta Buku last week..masih ada 7 novel lagi yang menanti utk dibaca..
1. Musuhku Suamiku by Zuera Rasiddin - saya rase novel ni biasa-biasa aje..tak feel sangat la baca novel ni..pasal kawin terpaksa..then gaduh-gaduh, merajuk..then jatuh sayang..ada jugak la conflict yang ringan dlm novel ni..
2. Kahwin Ganti by Aifa Batrisya - Adik kembar kena kawin gantikan tempat abang kembarnya yg hilang pada hari pernikahan..ok jugak la..utk release stress..tp yg aku geram, si suami ni ego sesgt n si isteri sgt sabar melayan ego si suami..hish..sayang ke isteri, tp ego tak bertempat..hah, bila isteri dah merajuk, barulah nak pujuk..suka jugak la novel ni..
3. Mampu Mencintaimu by Auni Amauni- saya suka novel ni..kawin dengan bukan lelaki pilihan..benci sesgt ngan si suami,coz suami tak hensem..kurus melidi..gigi jongang.. sgt keras hati sampai nama suami pun malas nak ambik tau..alih-alih si isteri ambil jalan utk further study di US and si suami dapat kerja di UK..si suami ajak further study di UK, tak mau coz dia sgt bencikan suaminya..hah, berpisah selama 5 tahun then baru la menyesal sikit..nak mencari suami, tapi tak tau kat mana..nak mohon kemaafan n nak tau apa status dia sebagai isteri..rupa-rupanya, bos dia adalah suami dia..suami dia sekarang dah hensem, dah tak kurus n jongang dah..hahaha..kalau nak pikir logik..mmg la tak logik..takkan la berubah bebenor muka suami diakan..nama pun novel..layan je lah..:)..kalau nak tau jalan cite dia, cuba baca dulu novel online ni di Penulisan 2u.
4. Entah Bila Bersemi by Auni Amauni - novel ni biasa-biasa saje..no komen la..coz saya tak suka jalan ceritanya..
5. Cik Bunga dan Encik Sombonh by Airisz - hehehe...novel ni best..suka ngan sikap selamba Intan Asnidar n watak caring Harris ni..mau je suruh suami ku ini baca novel ni..tp kerat jari la dia nak baca kan...hehehe..part si suami jaga isteri dalam pantang n part jaga baby, teringat kat hubby yg berani mandikan aiman walaupun baru berapa hari umur dia..citenya begini..Intan ni kerja di kedai bunga..so terlibat utk hiasan dewan utk satu majlis pertunangan..so masa nak mintak cek, dia terpandang sorang lelaki pakai baju melayu warna pink dok jeling kat dia..bajet sombong ok..dah dapat cek, dia pun nak blah..lelaki tadi suruh dia tunggu..and asked for something...boleh tak awak jadi tunang saya..tunang saya dah lari..hah keluarlah gelabah si Intan ni..lepas macam-macam alasan n kesian kan lelaki ni, Intan selamat la jadi tunang si Harris ni..lepas bertunang, si Encik Sombong sound kat Cik Bunga ni jgn dok nak taruh hati kat dia coz dia takkan jatuh cinta..tapi lastly,dia dah terlebih sayang pulak kat Intan..sgt-sgt protective!!sikap Harris ni sgt-sgt-sgt saya suka..:)
6. Suami Ku Ustaz by Hannah Dhaniyah - mmg tak logik la budak sekolah form 5 boleh kawin kan? tp aku layan jugak la novel ni coz banyak benda yang aku tak tau aku jadi tau dalam novel ni..coz Ustaz dalam cite ni banyak menasihati isterinya yang masih budak sekolah kan..sungguh sabar Ustaz itu..baca jugak sampai abis coz saya suka bila sejarah-sejarah Islam yang dah saya lupa atau mungkin saya tak tau telah diterangkan dengan baik oleh penulis novel ini..
Kalau buat novel review, laju je taip yek..tp kalau kena buat BOOK REVIEW..mintak ampun..mmg banyak la excuse aku bagi..6 buah tu kena buat...tak boleh novel..kena buku Ilmiah saje..due date pun malas nak ambik tau..lomah den!!
Itu saje buat sementara waktu ini..esok akan sambung novel seterusnya..malam ni nak mengemas umah n menyiapkan baju nak pakai esok sampai jumaat..:)
Monday, May 07, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment