my love for you is a journey..starting at forever and ending at never

Friday, September 14, 2012

Agar-agar Rainbow..

Rabu hari tu, bilik guru perempuan buat jamuan raya..main dishes semua order la..kami kumpul duit sesiap..sedap hatilah..takyah masak..takyah bersusah payah..hehehe..pemalas sgtkan!!tapi my fren ni request puding or agar-agar from me..so start la gooogle...yehaaaaa....dapat la resepi agar-agar rainbow ni..sedap ok..my hubby yg tak suka makan agar-agar pun, jatuh centa ngan agar-agar ni..

ok tak? kiranya cubaan pertama saya macam berjaya la...hehehe...perasan..kalau nak resepi, sila salin ye..saya ambik resepi ni dari bro rozzan..thank ye..nak membuatnya sedikit cerewet la..kena banyak bersabar..every layer tu, jgn sampai keras sangat..kang bila potong, dia terpisah pulak..biarkan dalam 3/4 keras, baru letak lapisan seterusnya..lg satu, bila nak letak setiap lapisan tu, guna sudu ye..kang duk curah je, haruslah lapisan yg kurang keras tu akan rosak..

AGAR-AGAR PELANGI INDAH(sumber : Buku Resipi Pn Asmah Laili, Mintak Ampun Sedapnya)

Bahan A
20 gm serbuk agar-agar
340 gm gula pasir
1725 ml air
6-8 helai daun pandan

Bahan B
20 gm serbuk agar-agar
340 gm gula pasir
1725 ml santan (dari 2 biji kelapa parut putih)
- saya gunakan 1 liter santan KARA + 725 ml air) - ni kes mls nak perah lerr..
1 sudu teh garam

Bahan C
Loyang berukuran 23 x 23 x 8 cm (lebih kurang 9 x 9 x 3 inci)
Pewarna ungu, kuning, merah, hijau atau apa pun warna pilihan anda

Cara-Cara
Masak Bahan A sehingga mendidih. Masak pula Bahan B sehingga mendidih. Tuang ke dalam loyang sebanyak 230 ml agar-agar santan (Bahan B). Tunggu sebentar sehingga ia hampir keras, baru dituangkan lapisan kedua iaitu 230 ml agar-agar jarang (Bahan A). Biarkan sehingga hampir keras, lalu dituangkan lapisan seterusnya dengan menggunakan setetes dua pewarna pilihan anda.

Ulangi melapis sehingga agar-agarnya habis digunakan, mengikut contoh susunan di bawah. Agar-agar yg hendak digunakan itu haruslah berada di atas api yg kecil, supaya ia senantiasa cair dan mudah bila dibancuh dgn pewarna.

Setelah selesai melapisnya, tunggu hingga ia sejuk, barulah didinginkan dalam peti sejuk. Enak dihidangkan dalam keadaan dingin.

Contoh Lapisan:
LAPISAN 1 – 230 ML AGAR-AGAR PLAIN SANTAN
LAPISAN 2 – 230 ML AGAR-AGAR PLAIN JARANG
LAPISAN 3 – 230 ML AGAR-AGAR UNGU SANTAN
LAPISAN 4 – 230 ML AGAR-AGAR UNGU JARANG
LAPISAN 5 – 230 ML AGAR-AGAR KUNING SANTAN
LAPISAN 6 – 230 ML AGAR-AGAR KUNING JARANG
LAPISAN 7 – 230 ML AGAR-AGAR MERAH SANTAN
LAPISAN 8 – 230 ML AGAR-AGAR MERAH JARANG
LAPISAN 9 – 230 ML AGAR-AGAR HIJAU SANTAN
LAPISAN 10 – 230 ML AGAR-AGAR HIJAU JARANG

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...