sinopsis di cover belakang novel:
AYU RIHANA terkejut apabila dia dilamar oleh anak bujang jirannya. Pinangan jejaka egois dan berstatus tinggi itu tidak langsung diimpikan. Tambahan pula, mereka tidak saling mengenali mahupun bertegur sapa sejak tinggal berjiran. Malah, dunia mereka jauh berbeza umpama langit dengan bumi.
Kehidupan Syamil Bakhtiar yang sentiasa dihimpit gadis-gadis cantik kian berubah sejak dia terlihat kepolosan wajah ayu. Dia nekad mahu mendekati gadis kacukan itu biarpun latar peribadi mereka tidak setara. Namun, perubahan itu hanya seketika. Ugutan seorang bekas teman tapi mesra Syamil menghumban dia kembali kepada sikap suka berfoya-foya dan bersosial hingga lewat pagi. Jauh di sudut hati, Ayu terluka. Dia sering menjadi mangsa keadaan. Namun, dia cuba bertahan demi kasih dan janjinya. Tanpa jemu, Ayu menitip rantaian doa dengan harapan dia mampu membawa Syamil pulang semula ke mahligai impian yang mereka idam-idamkan.
watak 'ayu' dalam novel ni sangatlah penyabar orangnye..boleh ke saya menjadi begitu penyabar??mungkin tidak!!! tu yang bila baca, perasaan geram giler pada syamil bakhtiar tu...hishh..aku bila baca novel yg aku suka,mulalah start emo! antara doa yg dititipkan 'ayu' dalam novel ni: Ya Allah, sekiranya suamiku ini adalah pilihanMu di Arash, berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya,sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titianMU, kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya, sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di JannahMu, limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahya, sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di duniaMu, peliharalah tingkah laku serta kata-kataku daripada menyakiti perasaannya, sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati olehMU,berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya......**menitis lagi air mataku.....
No comments:
Post a Comment